26 March 2011

ke hadapan

aku ingin melihat ke hadapan
tidak mahu menoleh ke belakang 
aku sedih bila menoleh ke belakang 
dengan setiap kejadian yang tidak bisa kubaiki

TETAPI...
sekarang 
aku perlu bergerak kehadapan
menyusun langkah satu persatu
menghadapi setiap cabaran dan liku di hadapanku

sekarang
aku ingin melukis dan mewarnai masa depanku sendiri
dengan peristiwa dan kejayaan yang akan ku kecapi
diiringi dengan sujud dan doa kepada yang maha ESA
 
sekarang
aku tidak ingin mengenang perkara semalam
biarlah kusimpan jauh di sudut dan ruang di dalam hati
kerana semalam tidak akan pernah bertandang lagi

sekarang 
aku telah memasang sebuah impian
impian menjadi seorang yang berjaya
 mencapai cita-cita
dan kehidupan yang bahagia

Oleh itu,
aku berdoa padaMu ya Allah
simpankan yang baik untukku jauhkan yang lalai dariku
kuatkanlah jati diriku
kemaskan luaran dan dalamanku
agar aku melihat ke hadapan dengan hati yang luhur

"aku akan jadikan kegagalan hari ini untuk terus menyalakan api semangat juangku
demi mencapai cita-cita yang luhur"
 
insyaAllah
 
 
Ewan al-ikhlas






0 comments:

Post a Comment