17 April 2011

yang mana satu ?


Keliru
Tidakku pasti rasa di hati ini
Tidakku yakin dalam memilih
Dilema telah memerangkapku
Resah dalam persoalan

Apa minat aku?
Aku suka pasal computer dan program/software . aku kenal computer masa form 1, betul2 kenal sbb dulu aku ingat komp tu utk main game je. Dulu kecik2 rajin gak pegi CC main game perabis duit sekolah.
Start dr form 1 pegi kelas komp kt skola, belajar pki software office tu, blab la bla, ok la aku masih takde komp lagi. Still pki mesin typewriter bapak aku, jd minat aku kt komp mula membuak lepas aku belajar, sikit2 hack wireless streamyx rumah jiran sebelah dan belajar reformat windows, dll. Sampaikan skrang lappy aku dipenuhi dgn software yg pirated  full version lagi xyah beli. Form 4 aku dapat beli lappy aku sendiri dgn hasil kongsi sama dgn ayah, ratio nye 60:40. Hahaa bpk aku byr lebihhh .. nak twu ta? Aku ni jenis suka pomen2 bende tak kiralah apa, satu hari tu aku “bogelkan” lappy aku, sume aku tanggalkan dr harddisk, ram, keyboard suma cuma skrin je aku tak berani takut ada wayar putus. Fuhh nasib boleh pasang balik kalo tak, selipar jepun dh hinggap kt kepala mama baling , 

Tapi
Aku masih keliru
Terbeku dlm persoalan
Yg belum tiada jawapan

Menyoal diri sendiri:
1.Patutkah aku sambung belajar dlm bidang sains computer?
2.Belajar tu bole tp camne dgn pasaran kerja ?
3.Pasaran kerja sama luas ke dgn farmasi?


Lagi satu aku dah cek web spa8 dan dah dpt pergi interview utk 3 latihan bertaraf diploma separa perubatan
LATIHAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Aku dah search google psl bende nie dan ni ni yg aku dapat
Fakta-fakta kerjaya sebagai PPF rasanya paling tak menarik di sektor awam kerana :

1. suasana kerja yang terkurung sepanjang masa
2. do the same thing everyday until retirement/die.
3. terpaksa pakai uniform tak boleh nak melaram dgn pakaian berjenama.
4. uniform yang langsung tak menarik
5. terpaksa melayan pelbagai karenah pesakit
6. terpaksa layan karenah PF, Doctor, SN dan MA.
7. peluang kenaikan pangkat yang perlahan berbanding paramedik lain.
8. susah nak cuti kalau ditempatkan di klinik kesihatan
9. MA yg jadi boss kat klinik kesihatan.
10. tak berpeluang menjawat U41 samada melalui KPSL atau sambung belajar.
11. risiko tersalah beri ubat dan disaman.
12. tak berpeluang meeting pengurusan dan perancangan PTJ kerana unit/bahagian diwakili oleh PF
13. tidak menonjol dan tidak dipandang tinggi oleh paramedik lain cthnya cuba bandingkan peranan MA U32 n SN U32 berbanding PPF U32. Cuba buat soal selidik dikalangan atendan siapakah yg mereka pandang lebih tinggi antara PPF dengan MA dan SN.
14. jarang sangat diberi peluang oleh PTJ untuk mewakili PTJ dalam apa2 aktiviti walaupun ramai PPF yang boleh buat kerja atau diberikan peranan.
Sikit sebnyk mempengaruhi aku bende ni, dan aku tye diri aku lagi aku minat ke dgn medic ni? Walaupun dia cuma separa perubatan/paramedic tapi tugas dia dh cam doctor dah,malah ada yg pgil ppp ni doctor tau kt hospital tue, hehe ..
 lagi utk yg 2nd tu (LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN) kerjanya jahit2 orang, bersihkan luka, dan yg ringan2. Whatttt? Aku nk jd camtu ke? Tak tahu laaa,

Manakala utk yg 3rd (LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI) ni yg aku dapat : -ve
PPF TIDAK ADA PELUANG untuk sambung belajar dalam bidang farmasi (bachelor) samada di IPTA/S di Malaysia menggunakan kelayakan diploma pem.farmasi/farmasi dan pengalaman. (umur 50 thn pengalaman 10 thn dgn USM tu kira special case). Melainkan anda mengambil peperiksaan STPM (sains) dan mendapat kelulusan yang dapat melayakkan anda mengikuti kursus bachelor farmasi di IPTA/IPTS. Ini adalah syarat/sekatan yang dikenakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia kepada IPTA/IPTS. Tujuannya adalah untuk memastikan hanya calon yang berkualiti dan layak sahaja mengikuti kursus ini.

Walaupun belum ada apa2 interview pun x lagi, tp aku kene fikir dulu sbb ni masa depan, aku rasa mcm kne kejutan je nk hadap bende ni sume, yess, betul ckp cikgu yg zaman sekolah yg paling best, xyah pk apa cuma pegi skola belajar. Xyah dok pk psl itu ini,   skang jugak aku sedar aku semakin dewasa huhuhu 

Aku sedang cuba
Kenali diri dalam-dalam
Cari nilai dan harga
Istimewakah?

Aku selalu dok puji org psl kelebihan mereka tp x pernah nk sedapkan hati yg aku sbnrnya bukan teruk sgt, aku selalu care psl org lain tp aku lupa psl diri sndiri ,tp x sama mcm istilah LUPA DIRI ea..  

Aku nk jadi “chef ubat” aka ahli farmasi sbb suka dgn bab ubat ni, lagi yg kaler2 warna wani dh mcm gula mentos ada polo ada hahaha,
Aku taknak jadikan kenegetifan sbg mental blok , jadi aku nak pilih yg terbaik antara yg terbaik,, 

Nak masuk --> Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor sbb ada biasiwa  RM621.21 sebulan selama 3 tahun , keluar2 je dah dpt kerja kat KKM / hospital/klinik kesihatan
Atau masuk U amek course DIP Sains Komp yg belum terjamin lagiii ???
Innasha a’allah halakum annaja, mudah mudahan interview tu aku success ,, 10/5 tarikh keramat..
p/s: terpanjang pulak tulis entry ni ,, hahaha maaf maaf maaf !!

0 comments:

Post a Comment