empat puluh tiga sebaya
sebilik dan sepintu
berperang menggali ilmu
bergurukan orang lama
senantiasa bersama !
pena bertemu kertas
tanggungjawab digalas
berjaya diangkat tinggi
gagal dicuba lagi
lapan dua belas
kita berbalas balas
kata ucap pisah jelas
rindu masa bersama
doaku kita berjaya
awal dan akhir
dunia dan akhirat
sebelum dan selepas
kutatap foto itu
empat puluh tiga sebaya
rindu menegurku
sewaktu mengenangkan kita
0 comments:
Post a Comment